Batu
aba terletak di kawasan pulau yang dipanggil Nusa Lembongan.
Dalam bahasa tempatan, 'nusa' bermaksud 'pulau kecil' Batu
Aba merupakan terumbu cetek yang berkedalaman lebih kuran
10 meter dan seluas padang bola sepak. Apabila arus mengalir
ke kawasan cetek ini, ia bertambah deras dan menghempaskan
ombak yang tinggi seperti di Pulau Komodo. Di sekitar pulau-pulau
batu ini, G.T cukup suka berkeliaran.
Tetapi
spot ini bukanlah 'panas' sepanjang masa. Selalunya
bila air surut dan berarus deras, barulah Pak Adhek membawa
pelanggannya memburu G.T. ke sini. Sewaktu kami tiba, arus
kurang laju. Tetapi apabila saya melontar popper Gecko
buatan Pak Adhek, seekor G. T terus membahamnya sebaik sahaja
saya pop dua kali. Renggutan G.T yang bermastautin di arus
deras ini cukup mendebarkan. Popper kami disambar sebanyak
dua kali lagi selepas itu. Oleh kerana arus dan tangkapan
kurang memuaskann, Pak Adhek meminta kami berhenti popping
supaya beliau boleh membawa kami ke sebuah lubuk jigging
di salah satu teluk di Pulau Lembongan.
Pertempuran
hebat di Blue Corner
Kawasan
teluk tersebut yang cukup tenang bukanlah sesuai untuk popping,
bahkan kampung serta bot-bot nelayan tradisional jelas kelihatan
berlabuh di tepi pantai. Kita tentu beranggapan lubuk sebegini
tidaklah semeriah mana. Namun walaupun dekat dengan perkampungan
nelayan, tetapi dalam masa dua jam jigging, kami berlima
sungguh tidak percaya dengan apa yang berlaku. Inilah lubuk
bernama Blue Corner yang sungguh luar biasa!
Saya,
Ah Fatt, Phang dan Kuan telah dibelasah teruk oleh gergasi
misteri! Jig besi Ah Fatt dan Phang yang baru diturunkan
ke dasar melebihi 100 meter ini terus ditelan oleh pemangsa.
Sebaik sahaja bail arm kekili Shimano Stella 20000
ditutup, serta merta mereka digasak penentang perkasa yang
di luar jangkaan. Pada mulanya kami menyangka mereka berdua
direntap ikan ang sama kerana lariannya searah. Namun apabila
mangsa Ah Fatt berhenti membenam, tetapi kekili Phang masih
nyaring berbunyi, maknanya ada dua gergasi berlainan di
bawah sana!
Ah
Fatt bergantung kepada kekuatan joran jigging Seven
Sea Tunamania untuk bertempur, namun hanya separuh
daripada talinya yang masih tinggal dalam gelendung. Bagaimanapun
pengepaman seterusnya tiba-tiba mengendurkan tali yang tadinya
sangat tegang. Rasanya teramat kecewa terpancar pada riak
wajahnya. Jig masih ada, malah mata kail Gamakatsu
tetap sempurna, dipercayai tersangkut pada badan mangsa
sehingga koyak akibat tekanan tinggi.
Sekarang
kami mengharapkan kejayaan Phang. Walaupun gergasi ini tidak
lagi memecut dan beliau menggunakan joran Zenaq Fokeeto
PE 8, tetapi ikan ini masih tidak mampu dihela ke atas.
Kami membantu beliau memakaikannya harness supaya
tangan tidak lenguh. Ikan tetap tak kenal erti kalah biarpun
tekanan drag setinggi 10 kg. Phang tak dapat bertahan lagi,
pinggannya terasa sakit dan terpaksa mencari tempat untuk
duduk. Kebetulan ada sebuah peti sejuk Coleman
beroda, lantas ia dijadikan 'fighting chair'.
Kini
joran diserahkan ke Pak Adhek. Beliah yang berpengalaman
menumbangkan G.T gergasi mengerah segala kepakarannya termasuk
teknik undur dan maju, tetapi lagi banyak tali dikarau,
lebih banyak yang ditarik keluar! Gergasi itu asyik berpusing-pusing
pada satu aras dan enggan timbul. Akhirnya Pak Adhek juga
surrender, beliau meminta persetujuan Phang untuk
memutuskan tali kerana tak berguna menunggu ikan degil ini
naik. Sebaik sahaja Phang mengangguk, Pak Adhek menekup
gelundung dan menarik tali sulam Power Pro 65
paun sehingga meletup putus.
Ujian
Getir
Tiada
siapa yang dapat meneka gerangan apakah species misteri
itu. Tak mungkin angkara aya budak 70 kg kerana gergasi
tadi tak letih letih langsung walaupun 40 minit bertempur.
Barangkali yu agaknya
Selepas
itu, seekor lagi gergasi menyapa apabila Kuan menurunkan
jignya. Tali mencurah keluar sebaik sahaja beliau menyentap
balas. Namun Kuan tak daya berbuat apa-apa sehingga tiba-tiba
sahaja tali terputus sendiri. Ujian ini benar-benar adil
buat kami semua kerana akhirnya tiba pula giliran saya digasak!
Pada
masa itu kami sedang jigging di lubuk 90 meter. Semasa menjatuhkan
jig, saya terperasan tali sudah keluar melebihi 100 meter
tetapi mengapa Jig Ace 420 gram belum menyentuh
dasar? Aneh, adakah ia hanyut ke jurang dalam? Bagaimanapun,
putaran gelendung yang laju semacam semakin memusykilkan
saya. Agaknya ikan sudah menelan dan melarikan jig tanpa
saya sedari. Terus saya kunci kekili, serta merta satu tenaga
luar biasa menghenjut Tenryu Grand Marshall PE
6 yang saya pegang.
Kudrat
ikan yang menakjubkan telah menyukarkan saya mengawal joran,
saya terpaksa bertahan lama sebelum mampu memasukkan pangkal
joran ke dalam fighting bel. Saya sedar, kini gergasi
sedang mengamuk di bawah dan jig saya pula dipasang dua
mata kail (di kepala dan ekor jig), tentu ikan ini sukar
melepaskan diri.
Antara
Kalah & Menang
Imbas
semula semasa saya memancing di Makassar di mana saya pernah
ditentang seekor gergasi misteri juga. Sejak itu saya bertindak
menggunakan kekili Shimano Ocea Jigger 5000P yang
lebih besar muatan talinya kalau ingin jigging ke mana-mana
lokasi berpotensi0 Tetapi tanpa diduga, gergasi di Bali
lebih hebat dari Makassar!
Bagi
menambah kekangan, saya meningkatkan kekunci drag. Namun
ikan masih menguasai perlawanan dan saya yang sudah tak
dapat bertahan, hanya mampu menyangga joran pada birai bot.
Yang
amat menghairankan, makin saya ketatkan tegangan, gergasi
ini tetap berenang dengan laju. Saya hanya mampu melihat
tali Power Pro 65 paun sepanjang 500 m mencanak
keluar begitu sahaja. Dan sekarang cuma tinggal beberapa
gulungan tali sebelum mencecah dasar gelendung dan akhirnya
meletus!
Fuhh!
Dahsyat sungguh gergasi ini! Sebesar manakah ia? Kami semua
merasa amat kecewa kerana kecundang tanpa tahu angkara ikan
apa. Memanglah harapan setiap pemancing amat besar bila
diuji ikan besar, namun tidak ramai yang berfikir balik,
adakah kita sendiri termampu menumbangkannya? Tentulah setiap
jigger ingin menaikkan ikan pemecah rekod seperti aji-aji,
aya budak dan G.T seberat 30-50 kg, namun pemancing biasanya
tiada pilihan kerana tidak dapat menjangka apa yang bakal
berlaku. Sebab itulah aktiviti ini sukar dipisahkan dengan
soal nasib.
Petanda
Aneh
Tanggal
26 Disember, Aceh dilanda ombak tsunami secara mengejut.
Pada hari malapetaka yang bersejarah tersebut, kami belum
sedar ianya akan berlaku dan keluar memancing lebih awal
kerana popping awal pagi lebih memberangsangkan. Kami tidak
bersarapan percuma di hotel, sebaliknya mengisi perut di
restoran Cina berdekatan yang dibuka 24 jam.
Pagi
itu, arus cukup deras di Batu Aba. Agus yang memandu bot
memposisikan botnya seperti mana berpengalaman kami popping
di Komodo. Bot dibiarkan hanyut sambil kami membaling popper
ke kedua-dua belah terumbu cetek tersebut. Anehnya G.T tidak
mengambil kesempatan ini untuk memburu mangsa mahupun popper.
Cuma beberapa sambaran tetapi tak lekat, kelakuannya bukan
seperti hendak makan, sebaliknya seakan menghalau penceroboh.
Selepas
makan tengahari, kami berpindah ke Blue Corner,
lubuk ikan raksasa semalam. Sekali lagi kami hairan, semalam
Blue Corner begitu menggerunkan, tatapi hari ini
langsung senyap-sunyi. Pak Adhek bertindak membawa kami
semula ke Batu Aba memandangkan Blue Corner tidak
menjadi seperti semalam.
Menurut
pengalaman Pak Adhek, kadangkala G.T memburu tidak mengikut
masa. Kalau keadaan berombak pun tiada sambarannya, mungkin
ia lebih aktif ketika air tenang. Benar kata beliay, G.T
di Batu Aba tak henti-hentinya menyerang popper biarpun
ombak dan arus bergerak perlahan. Ah Fatt seorang berjaya
menjinakkan dua ekor G.T.
Tsunami
Tanpa Disedari
Pak
Adhek mengajak kami mencuba di Crazy oint setelah
G.T Batu Aba menghilang. Untuk ke sana, kami perlu melepasi
Selat Badung di Lautan Hindi-Pasifik. Entah macam mana,
timbul gelombang besar setinggi 2 meter di perairan selat
ini. Bot kecil kami terhoyong-hayang membelahnya dan terpaksa
bergerak perlahan, sampai kami semua terasa pening-pening
lalat. Pada mulanya kami tak berasa hairan kerana ombak
sebegini memang lumrah di perairan ini. Salah satu sebab
pelancong suka datang ke Bali adalah kerana ingin bermain
papan luncur.
Sebaik
kami ke Crazy Point, permukaan laut kembali tenang
dan lubuk Crazy Point turut 'bengong' kerana seekor
ikanpun tidak mahu menyambut kami sampailah ke senja. Bila
kami pulang ke hotel dan menonton TV, barulah kami tahu
Banda Aceheh yang berada di Utara Sumatera ranap diamuk
'ombak jahat' tsunami sehingga meragut puluhan ribu nyawa.
Walaupun lokasi kami amat jauh dari Aceheh tetapi bencana
ini berlaku di lautan yang sama. Kami bernasib baik kerana
tragedi berjaya dielakkan.
Kami
teringat semula kejadian di Blue Corner. Pak Adhek
ada menyatakan rasa peliknya kerana sepanjang berpengalamannya,
lubuk ini tak pernah disapa ikan gergasi. Tetapi berdasarkan
cerita dari pemancing Jepun (Jepun merupakan negara yang
sering dilanda gampa bumi), lubuk yang kurang ikan boleh
melimpah-ruahkan banyak ikan dengan cukup luar biasa setiap
kali sebelum gempa berlaku. Adakah fenomena ini berasas
untuk dikaitkan dengan peristiwa aneh di Blue Corner?
Begitu
jua dengan keajaiban semasa kami merentas Selat Badung yang
tiba-tiba memunculkan gelombang besar. Mungkin gelombang
itu datang begitu jauh dari Aceheh yang menggegarkan gempa
bumi sekuat 8.9 Richter. Walau apa pun yang berlaku,
bencana alam memang sukar kita ramalkan, begitulah hakikatnya
jua dengan hasil pancinan kita. - SIRIP -
*
Berminat memancing di Bali? Sila hubungi:
Adhek
Amerta
Telp: +62 (0)361 7460285/ +62-81388772
Email: gt@adhek.net
atau
HM.
Ismeth
Tel.
Bimbit: +62-812200 7683
E-mail:
udeis@plasa.com